Kejadian di Kedai Makan
Assalamualaikum semua................
Semoga ceria-ceria selalu.......
Perkara yang ingin dikongsikan di sini ialah mengenai situasi di sebuah kedai makan. Hari ini sepupu saya dari Pulau Pinang datang ke Tanjong Malim untuk melawat saya di Bahtera Arked. Setibanya di sini, dia terus mengajak saya keluar makan. Kami memilih kedai makan di kawasan Tanjong Malim juga kerana hari sudah malam. Apabila sampai di kedai makan tersebut, kami terus memesan makanan yang dipilih.
Apa yang saya ingin ceritakan ialah mengenai sikap beberapa orang pekerja di situ yang tidak mesra dengan pelanggan. Saya perhatikan mereka langsung tidak senyum pada pelanggan yang datang. Cara percakapan juga agak kasar. Hal ini demikian kerana saya ada terdengar salah seorang daripada mereka merungut tentang karenah pelanggan. Ayat yang diujarkannya ialah:
Pekerja 1: Nak oder pun lambat!!.Ingat kite ni xde keje lain ke??...menyampah betul!!
(sambil menghempaskan buku menu di atas kaunter).
Saya bersama sepupu dan beberapa pelanggan yang lain terkejut dengan sikap pekerja itu yang bercakap dengan nada yang agak kuat. Sikapnya yang boleh dikatakan kurang sopan itu telah membuatkan kami tidak berselera untuk makan. Saya berasa kecewa kerana tiada seorang pun daripada rakan-rakan sekerjanya yang menegur sikapnya. Mungkin dia anak tauke kedai itu agaknya!
Selepas membayar makanan, kami terus pulang ke rumah. Dalam perjalan pulang, saya asyik terfikir tentang kejadian tersebut. Bagi saya, seorang pekerja di kedai makan seharusnya menghormati dan menjaga hati pelanggan mereka supaya kedai tersebut sentiasa laris. Jika tidak pandai menjaga hati pelanggan, tidak ada sesiapa yang akan pergi atau makan di kedai tersebut.
Hal ini bukan sahaja dapat menjejaskan nama baik kedai malah akan merugikan kedai itu kerana tiada pelanggan. Saya berharap semoga pekerja berkenaan dapat mengubah sikap kurang sopan itu ke arah sikap yang lebih positif. Ingat...Tanpa pelanggan, rugilah kedai anda!
Rabu, 23 Februari 2011
Ahad, 20 Februari 2011
Situasi 18 (Khamis, 17/2/2011)
Pembentangan
Assalamualaikum..........
Semoga anda semua sihat sejahtera......
Hari ini kelas pengayaan diri bermula pukul 8.30 pagi. Apabila kami sampai di kelas, beberapa orang pelajar sedang membentang tugasan mereka. Hal ini demikian kerana kami terlewat masuk lebih kurang 10 minit.
Sewaktu melangkah masuk saya terdengar salah seorang daripada pelajar yang membentang itu menyebut perkataan "dari masa ke semasa". Ayat yang disebut itu jelas sekali salah dari aspek tatabahasa. Walaupun pelajar tersebut bukan pelajar Pendidikan Bahasa Melayu, dia seharusnya menggunakan ayat yang betul ketika membentang di hadapan kelas. Perkara ini boleh menjadi ikutan bagi pelajar lain jika tidak diambil perhatian.
Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, binaan frasa sendi nama yang mengandungi frasa nama dengan bentuk se- mempunyai peraturan tertentu. Binaan yang menggunakan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran bentuk se- secara berasingan. Sekiranya pengguguran se- dilakukan pada satu bahagian frasa sendi nama, maka pengguguran bentuk yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa nama yang kedua untuk keseimbangan.
Contohnya:1) dari semasa ke semasa
2) dari masa ke masa

Situasi 17 (Selasa, 15/2/2011)
Kesalahan Dalam Ucapan Radio!
Assalamualaikum....
Apa khabar semua umat muslimimin dan rakan-rakan seperjuangan??
Adakah masih setia dengan blog???
Hari ini merupakan hari cuti sempena 'Maulidur Rasul'. Di sini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maulidur Rasul" (1432/2011). Semoga kita mengasihi dan dikasihi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.
Perkara yang ingin diceritakan di sini bukanlah mengenai Maulidur Rasul tetapi mengenai kesalahan penggunaan tatabahasa dalam pengucapan. Kesalahan ini saya dengar melalui radio. Oleh sebab hari ini cuti sempena Maulidur Rasul, ramai rakyat Malaysia dari serata negeri yang menghantar ucapan dan menelefon stesen radio untuk memberi ucapan 'Maulidur Rasul' kepada rakan-rakan dan sanak saudara.
Saya dapati salah seorang daripada pemanggil itu telah memberi ucapan dengan berkata seperti berikut:
"Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada rakan-rakan dan..........................Semoga kita sentiasa berselawat ke atasnya. Dari Nurul Najwa
Kesalahan yang terdapat dalam ucapan di atas ialah pada kata sendi nama 'dari'. Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama 'daripada' yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan.
Kesimpulannya, perkataan 'dari' tidak boleh diikuti dengan kata nama yang merujuk kepada manusia. Kesalahan ini sering berlaku dalam masyarakat sekeliling kita. Oleh itu, sebagai rakyat yang cintakan bahasa Melayu, kita haruslah lebih berhati-hati dalam mengujarkan sesuatu perkataan.

Situsi 16 (Isnin, 14/2/2011)
Kekeliruan Antara Huruf 'm' dan 'n'.......
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bagaimana keadaan rakan-rakan semua??
Semoga sihat dan masih setia dengan blog Sosiolinguistik ini...
Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang sehelai risalah. Risalah ini saya temui di dalam peti surat rumah sewa saya di Bahtera Arked semasa pulang dari kuliah. Perkara yang ingin dihuraikan di sini ialah mengenai kesalahan ejaan perkataan yang bergaris iaitu 'tampa' (tanpa) dan 'unur' (umur).
Bagi saya, hal ini terjadi disebabkan oleh kekeliruan seseorang penutur terhadap sebutan huruf 'm' dan 'n'. Selalunya mereka tidak dapat membezakan antara huruf 'm' dan huruf 'n' dalam menulis atau membaca sesuatu ayat yang melibatkan kedua-dua huruf itu kerana bunyi sebutannya yang hampir sama. Oleh sebab mereka tidak dapat membezakan huruf-huruf tersebut, secara tidak langsung mereka akan membuat kesilapan apabila menulis. Hasilnya seperti risalah di atas. Perkataan yang sepatutnya ditulis dengan huruf 'm' digantikan dengan huruf 'n' manakala perkataan yang sepatutnya ditulis dengan huruf 'n' pula digantikan dengan huruf 'm'.
Selain itu, ada juga kesilapan ini yang berpunca daripada kekeliruan aspek percakapan. Hal ini demikian kerana perkataan 'tanpa' yang disebut sebagai 'tampa'. Bagi mereka yang tidak peka terhadap hal ini akan melakukan kesilapan dalam menulis. Contohnya, mereka akan menulis perkataan 'tanpa' seperti yang disebut iaitu 'tampa'. Walaupun perkataan 'tampa' betul dari segi sebutan namun jika dilihat dari aspek tatabahasa perkataan 'tampa' adalah salah.
Kesilapan kecil seperti ini haruslah dielakkan kerana dapat menjejaskan imej bahasa Melayu sekaligus dapat menjejaskan imej negara jika tidak dibendung dari sekarang. Oleh itu, pihak yang berkenaan seharusnya lebih peka terhadap kes ini.

Jumaat, 18 Februari 2011
Situasi 15 (Ahad, 13/2/11)
Kejadian di Pasar: Penggunaan Penjodoh Bilangan yang Salah!
Ketika sedang khusyuk melihat penjual itu memotong ayam yang dipesan oleh kami, datanglah seorang pak cik yang berumur dalam lingkungan 40-an sambil berkata kepada penjual itu :
" Adik, bagi pak cik ayam 5 keping."
Kami yang berada di sebelah terus memandang pak cik tersebut kerana terkejut dengan tutur katanya itu. Saya berasa hairan kerana dalam zaman moden ini masih ada lagi masyarakat yang tidak tahu menggunakan penjodoh bilangan dengan betul. Sebelum ini saya tidak pernah lagi mendengar orang menggunakan perkataan 'keping' untuk membeli ayam di pasar. Inilah kali pertama saya mendengarnya.
Penggunaan penjodoh bilangan 'keping' untuk ayam adalah salah sama sekali. Penjodoh bilangan 'keping' lebih sesuai digunakan untuk kertas, papan dan roti. Bagi penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk ayam adalah 'ketul' atau 'ekor'.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'keping' bermaksud pipih dan nipis atau penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis seperti kad, kertas, papan serta sebagainya. Ketul pula bermaksud penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku manakala ekor bermaksud penjodoh bilangan untuk binatang.
Khamis, 17 Februari 2011
Situasi 14 (Sabtu, 12/2/11)
Pengaruh Korea!!!
Setiap hujung minggu saya pasti akan menghubungi keluarga di kampung. Hari ini saya bercakap lama dengan adik saya yang berumur 17 tahun kerana dia bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya dalam komsas tingkatan 5. Setelah selesai saya menerangkan kepadanya, dia berkata kepada saya "kamsahabnida" dalam bahasa Korea yang bermaksud terima kasih. Bukan sahaja kepada saya, malah kepada rakan-rakannya dan saudara mara terdekat yang lain juga dia kan menyebut perkataan 'kamsahabnida' jika ingin mengucapkan terima kasih.Saya tidak terkejut dengan keadaan sedemikian kerana adik saya sangat suka menonton filem Korea. Bukan sahaja filem dari Korea yang diminatinya malah artis-artis dan lagu-lagu Korea turut diminatinya sehingga ada lagu yang dihafal olehnya. Adik saya juga selalu membeli majalah 'e-Pop' untuk mengikuti perkembangan artis-artis yang diminatinya. Jika ingin mengetahui tentang sesuatu perkara mengenai artis atau filem dari Korea saya pasti akan bertanya kepadanya. Selain itu, adik saya juga menggunakan lagu Korea untuk nada dering telefon bimbitnya.
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh dari Korea sememangnya kuat sehingga dapat mempengaruhi masyarakat di Malaysia terutamanya bagi golongan remaja. Hal ini berlaku disebabkan kemasukan filem, vcd, majalah dan sebagainya yang kian berleluasa di negara kita.
Situasi 13 (Jumaat, 11/2/11)
Satu Perkataan Pada Sebuah Kotak
Saya agak terkejut kerana sebuah syarikat pengeluaran makanan ringan di Malaysia boleh membuat kesilapan seperti ini. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih peka terhadap penggunaan bahasa ini terutamanya dalam pengeluaran barang-barang buatan tempatan. Jika barangan ini dieksport ke luar negara sudah pasti dapat menjejaskan imej dan kedudukan bahasa Melayu.
Penggunaan perkataan 'kerim' adalah salah dari aspek tatabahasa kerana perkataan yang sebenar ialah 'krim' yang bermaksud cecair pekat atau bahan yang agak kental yang berlemak dan berwarna kekuning-kuningan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'krim' dapat ditakrifkan sebagai cecair pekat yang berwarna kuning keputih-putihan yang timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sebagai makanan.
Langgan:
Catatan (Atom)