Ahad, 13 Februari 2011

Situasi 10 (Isnin, 31/1/2011)

                                       Burger

Hari ini saya menghabiskan masa di rumah dengan membuat sedikit tugasan kuliah. Setelah penat, perut saya tiba-tiba terasa hendak makan burger yang dijual berdekatan dengan rumah lalu saya mengajak adik saya pergi membelinya. Situasi yang ingin saya kongsikan di sini adalah mengenai pemuda yang menjual burger tersebut. Selepas saya memberitahu burger yang diingini, pemuda itu bertanya kepada saya :
      "Adik nak tambah cheese (keju) tak dalam burger? Hotdog (sosej) pun ada?"
Sekali lagi saya terfikir bahawa bukan masyarakat di bandar sahaja yang pandai menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian mereka malah masyarakat di kampung juga sudah pandai menggunakannya. Namun, bagi sesetengah anak muda di kampung mereka tidak tahu sesuatu ungkapan Inggeris yang disebut itu di dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana setiap hari mereka menyebut perkataan yang sama sesama rakan dan juga pelanggan. Misalnya perkataan 'hotdog' . Mereka tidak tahu bahawa hotdog itu sebenarnya sosej dalam bahasa Melayu. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mengkaji situasi ini di tempat yang jauh kerana semua ini berlaku di sekeliling kita setiap hari. Cuma kita perlu lebih peka terhadap persekitaran yang kita lalui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.