Ahad, 13 Februari 2011

Situasi 5 (Ahad, 23/1/2011)

Warna Baju

Hari ini saya dan rakan-rakan masih lagi berada di Kuala Lumpur. Kami bermalam di rumah sewa rakan saya berhampiran Universiti Malaya. Sebelum pulang, kami pergi ke sebuah kedai pakaian untuk membeli baju. Sewaktu memilih baju, seorang rakan saya telah berkata "aku nak cari baju warna pink atau purple sahaja!" Situasi tersebut membuatkan saya tiba-tiba teringat akan tugasan sosiolinguistik ini. Percampuran bahasa seperti ini memang sudah sebati dalam masyarakat kita hari ini. Walaupun perkara tersebut nampak remeh, namun ia tetap salah dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kita dapat lihat di sekeliling kita ramai orang lebih suka menyebut warna pink daripada menyebut warna 'merah jambu' dan begitu juga dengan warna 'ungu' yang lebih gemar disebut warna purple. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah masyarakat. Oleh itu, hal sebegini sukar untuk diperbetulkan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.