Ahad, 13 Februari 2011

Situasi 9 (Ahad, 30/1/2011)

Daging Black Pepper


Hari ini saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah sahaja. Saya menolong emak memasak di dapur dan sempat juga emak mengajar masakan yang sedang dimasaknya serta memberi beberapa petua. Perkara yang menarik perhatian saya adalah penggunaan perkataan 'daging black pepper' yang disebut oleh emak secara berulang kali. Rasa kelakar juga apabila mengingatkan emak cakap dalam bahasa Inggeris. Betapa hebatnya penangan bahasa Inggeris dalam masyarakat kita sehingga golongan ibu-ibu di kampung juga turut menyebutnya. Apabila mendengar emak saya menyebut perkataan itu, semua saudara saya yang berada di rumah turut menyebutnya. Tidak ada seorang pun yang menyebut masakan itu sebagai daging masak lada hitam. Semuanya menyebut daging black pepper. Memang sudah tidak dapat dinafikan lagi penggunaan bahasa Inggeris ini begitu berleluasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Walau apa pun, saya telah berjaya mempelajari satu masakan baru daripada resepi emak. Terima kasih emak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.