Ahad, 13 Februari 2011

Situasi 7 (Jumaat, 28/1/11)

                                          "I & You"
Hari ini adalah hari yang paling gembira buat saya kerana dapat pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina.. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa keluarga tercinta. Saya bersama Nisa iaitu rakan satu negeri pulang dengan menaiki bas. Kisah yang ingin diceritakan di sini adalah mengenai sepasang kekasih yang berada di dalam bas bersama kami. Disebabkan mereka duduk di kerusi belakang kami, secara tidak sengaja kami dapat mendengar perbualan mereka. Nada percakapan mereka agak kuat juga sehingga mengganggu ketenteraman kami. Setiap butir bicara mereka dapat didengar dengan jelas sekali. Antaranya ialah
        P:  "I lapar laa..bila bas ni nak berhenti?"..
        L :  "Makanla roti yang you beli tadi tu dulu..nanti perut masuk angin plak!"
Mereka menggunakan kata ganti diri I dan You dalam membahasakan diri masing-masing. Apa salahnya kalau mereka menggunakan saya, awak, kamu dan sebagainya! Kenapa mesti menggunakan bahasa asing sedangkan kita ini berbangsa Melayu dan hidup juga di tanah Melayu! Cuba fikir-fikirkannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.