Ahad, 13 Februari 2011

Situasi 6 (Rabu, 26/1/2011)

Belanga : Kuali, Kawah atau Periuk Tanah??




Hari ini saya bersama rakan saya iaitu Hasmah dan Siti Fairus memasak di rumah. Situasi yang saya akan ceritakan ini mungkin agak lucu namun telah membuatkan saya mempelajari perkara baru. Ceritanya bermula apabila saya menyuruh Siti Fairus untuk meletakkan 'belanga' di atas dapur untuk menggoreng telur. Saya hairan melihat dia ketawa sambil berkata kepada saya, "tak kan nak goreng telur pun nak guna belanga"? Rupa-rupanya 'belanga' yang saya maksudkan 'kuali' itu adalah 'kawah' bagi masyarakat di tempatnya. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, belanga bermaksud periuk yang diperbuat daripada tanah. Bagi masyarakat di tempat saya, belanga itu merujuk kepada kuali. Baru saya sedar selama ini saya telah tersilap faham tentang maksud perkataan 'kuali' dan 'belanga'. Kesimpulannya sesetengah masyarakat Terengganu menggambarkan belanga itu kawah, masyarakat di Perlis pula menggambarkan belanga itu kuali dan Kamus Dewan pula menyatakan belanga itu periuk tanah. Jelas terdapat perbezaan yang ketara dalam konteks ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.