Khamis, 17 Februari 2011

Situasi 12 (Rabu, 9/2/11)

Balang atau Tabung?????


Kehidupan sebagai pelajar IPTA atau IPTS tidak lari daripada menghadiri kuliah. Sama ada kuliah tersebut lama atau sekejap semuanya diwajibkan hadir terutamanya bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hari ini kuliah saya hanya dua jam sahaja. Disebabkan kuliah habis awal, saya bersama rakan pergi ke Pekan Tanjong Malim untuk membeli sedikit barang keperluan.

Setelah penat berjalan, kami singgah di kedai runcit untuk membeli air dan makanan ringan yang lain. Seorang rakan saya iaitu Siti Fairus telah menyuruh saya mengambil gula-gula di dalam sebuah 'balang' yang berada berdekatan dengan saya pada masa itu. Namun saya buat tidak tahu sahaja kerana saya tidak faham percakapannya. Hal ini demikian kerana dia menyebut perkataan balang itu sebagai 'tabung'. Ayat yang diujarkan olehnya adalah : 

       "Tolong ambilkan gula-gula di dalam 'tabung' tu?"

Saya ingatkan dia bergurau kerana tabung itu adalah tempat menyimpan wang bukannya tempat mengisi gula-gula. Kini baru saya mengetahui bahawa masyarakat di Terengganu di daerah Setiu menyebut balang gula-gula sebagai tabung. Saya tidak pasti sama ada masyarakat Terengganu di daerah lain menyebut perkataan yang sama seperti masyarakat di Setiu atau tidak.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, 'balang' bermaksud bekas seperti botol (besar dan agak luas mulutnya), tempat menyimpan air (barang-barang makanan dan lain-lain).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.